KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH JABATAN SAINS SOSIAL
KURSUS TERAS
Kursus Teras merupakan kursus akademik dan pengeetahuan kandungan pedagogi yang akan dipelajari secara mendalam oleh pelajar. Kursus ini ini perlu dikuasai dan dipelajari dengan mendalam bagi membolehkan pelajar menguasai denngan baik dan seterusnya dapat diaplikasikan semasa pelajar berkhidmat sebagai guru nanti.
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Kursus ini meliputi peranan dan pengurusan guru Pendidikan Seni Visual aplikasi pebagai pendekatan strategi, kaedah dan teknik bagi menghasilkan rancangan pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu mengajar mengikut tahap dalam pengajaran mikro dan makro termasuk pelaksanaan proses pentaksiran yang berkesan. Kursus ini juga memberi tumpuan kepada konsep kreativiti estetika dan ekspresi visual kanak-kanak dalam Pendidikan Seni Visual. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran tentang alat, bahan, proses, teknik dan asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam penghasilan karya serta membuat apresiasi karya seni.
PSVK3013 Pengenalan Pendidikan Seni Visual
PSVK3023 Kreativiti dan Seni Kanak-Kanak
PSVK3033 Pengajian dan Pengurusan Kurikuum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah
PSVK3063 Pendidikan Seni Visual – Bidang dan Pentaksiran
PSVK3073 Menggambar dan Membuat Corak & Rekaan
PSVK3083 Pedagogi Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah
PSVK3182 Bidang Tiga Dimensi dan Kraf Tradisional
SEJARAH
Kurus ini memfokuskan hubungan etnik di Malaysia, konsep-konsep asas hubungan etnik masyarakat pluralistic Alam Melayu, pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, pembangunan politik dalm konteks hubungan etnik di Malaysia, perlembagaan dalam konteks hubungan di Malaysia, agama dan hubungan etnik, cabaran dan pemupukan hubungan etnik di Malaysia, dan hubungan etnik : peranan kerajaan dan masyarakat.
WAJ3062 Hubungan Etnik
SJHK3013 Sejarah Politik Tanah Melayu Sehingga Awal Abad Ke-20
SJHK3023 Malaysia Dan Hubungan Antarabangsa
SJHK3063 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah
SJHK3073 Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah
SJHK3043 Sejarah Lisan Dan Pendokumentasian
SJHK3182 Kaedah Pengajaran Sejarah
MUZIK
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar mendapat pendedahan mengenai pembelajaran muzik secara hands-on dalam melaksanakan aktiviti muzikal untuk murid sekolah rendah. Pengetahuan mengenai pendekatan tersebut akan membantu pelajar melaksanakan pelbagai aktiviti muzikal yang bersesuaian untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
MUZK3213 Asas Muzik 1
MUZK3213 Kemahiran Asas Kibod
MUZK3193 Muzik Malaysia
MUZK3093 Kaedah Dan Pendekatan Pengajaran Muzik
MUZK3113 Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah
MUZK3242 Kurikulum & Pengajaran Muzik Di Sekolah Rendah
LESTARI
Kursus ini membincangkan kemahiran proses sains asas dan bersepadu dan juga kemahiran manipulativf. Pelajar-pelajar akan didedahkan engan pengurusan makmal sains dari segi organisasi, peraturan dan keselamatan makmal serta keselaatan dalam mengendalikan alat radas, bahan kimia dan specimen. Kursus ini juga membincangkan kemahiran dalam menyediakan sumber pengajaran dan pembelajaran sains untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran sains.
SCES3033 Bumi dan Angkasa Lepas
SCES3043 Kepelbagaian Biologi
SCES3073 Kemahiran Saintifik dan Pengurusan Mmakmal Sains
SCES3103 Biologi Persekitaran
GCI 1022 – Cabaran dan Isu Semasa Dunia
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menganalisis pelbagai isu dan cabaran semasa dunia yang memberi impak terhadap Negara serta langkah-langkah berkenaan yang boleh diambil bagi menangani isu berkenaan.
SCZ 1064 – Kefahaman Sains dan Kemahiran Saintifik
Kemahiran sains merangkumi tujuh kemahiran iaitu memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi, menggunakan perhubungan ruang dan masa manakala kemahiran sains bersepadu merangkumi empat kemahiran iaitu mentafsir maklumat, mendefinisikan secara operasi, mengawal pembolehubah dan membuat hipotesis. Kemahiran sains adalah pemangkin kearah pemahaman terhadap isi kandungan sains pelajar. Oleh yang demikian penekanan terhadap penguasaan kemahiran sains pelajar perlu diutamakan kerana Kefahaman Sains dan Kemahiran Saintifik mampu merangsang pemikiran aras tinggi (Chin & Kayavizhi, 2005).
Proudly powered by Weebly